Tuesday, October 13, 2009

KEADILAN SAHABAT @ 'ADALAH AL-SAHABAH

Siapa sahabat Nabi s.a.w?

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, al-Sahabah ialah :
“Sesiapa yang sempat bertemu Nabi s.a.w dan mati dalam Islam.”

Menurut ulama’ usul, al-Sahabah ialah :
“Sesiapa yang lama bersahabat (berdamping) dengan Nabi S.A.W, banyak (sering) duduk mendampinginya, mengikuti dan mengambil (hadith) daripadanya.”

Tanda-tanda seseorang itu dikenali sebagai seorang sahabat

> Dikenali secara mutawatir : iaitu dikenalpasti kesahihan sebagai seorang sahabat menerusi pendapat ramai sahabat nabi yang lain. Contohnya khulafa’ ar-rasyidin yang empat dan pembesar sahabat yang terkenal
> Dikenali secara masyhur. Contohnya Dimam bin Tha’labah, ‘Ukasyah bin Mihsan
> Dinyatakan oleh seorang sahabat yang lain. Contohnya Humamah bin Abu Humamah al-Dusi, disaksikan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa dia mendengar dari Nabi s.a.w
> Dinyatakan oleh sahabat itu sendiri
> Dinyatakan oleh seorang Tabi’I mengikut pendapat yang rajah


Kronologi Sahabat (Tabaqat)

Merujuk kepada definisi sahabat, sebenarnya para sahabat radialluhu anhum adalah terbahagi kepada beberapa tabaqat. Ibn Sa’d membahagikan mereka kepada lima tabaqat, al-Hakim kepada 12 tabaqat dan sebahagian ulama’ membahagikan mereka lebih dari itu. Namun demikian,pembahagian oleh al-Hakim adalah lebih masyhur :

1. Yang lebih awal memeluk Islam di Makkah seperti al-Khulafa’al-Rasyidun
2. Yang memeluk Islam sebelum permusyawaratan penduduk Makkah di Dar al-Nadwah
3. Muhajir Habasyah
4. Yang menyertai Perjanjian Aqabah pertama
5. Yang menyertai Perjanjian Aqabah kedua, kebanyakan mereka dari kalangan Ansar
6. Yang mula-mula berhijrah ke Madinah sebelum hijrah Rasul s.a.w
7. Ahli Badar
8. Yang berhijrah antara peperangan Badar dan Hudaybiyyah
9. Yang menyertai Bay’at al-Ridwan di Hudaybiyyah
10. Yang berhijrah antara peperangan Hudaybiyyah dan Fath Makkah seperti Khalid bin al-Walid , ‘Amr bin al-‘As dan Abu Hurayrah
11. Yang memeluk Islam ketika Fath Makkah
12. Semua kanak-kanak yang sempat bertemu dan melihat Rasul s.a.w pada hari Fath Makkah, Haji Wada’ dan lain-lain kesempatan selepas itu.

Di samping itu ahli sunnah juga sepakat bahawa sahabat yang paling utama secara berturut-turut adalah :

1. Abu Bakr al-Siddiq
2. ‘Umar al-Khattab
3. ‘Uthman bin ‘Affan
4. ‘Ali bin Abu Talib,
5. Baki sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga
6. Ahli Badar
7. Ahli Uhud
8. Peserta Bay’at al-Ridwan
9. Para sahabat yang mempunyai keutamaan dari kalangan al-Awwalun al-Sabiqun

Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith

1. Abu Hurayrah Abd Rahman bin Sakhr
2. Abdullah bin Umar (73H) (2286 buah hadith)
3. Anas bin Malik (93H) (2286 buah hadith)
4. Aisyah Ummu al-Mukminin (58H) (2,210 buah hadith)
5. Abdullah bin Abbas (68H) (1660 buah hadith)
6. Abu Sa’id al-Khudri (74H) (1170 buah hadith)
7. Jabir bin Abdullah al-Ansari (78H) (1540 buah hadith)

Source : Ahmad Asmadi bin Sakat. ‘Adalah Sahabat dalam buku Isu-isu dalam Tafsir dan Hadith
(penulis adalah pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, UKM)

No comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster