Tuesday, October 13, 2009

ISRAILIYYAT

Konsep Israiliyyat

Terminologi

## perkhabaran
## periwayatan
## kisah-kisah yang bersumberkan Yahudi atau Nasrani khusunya yang telah mewarnai pengajian tafsir dan sunnah.

Bahasa

Kalimah Israiliyyat ini dinisbahkan kepada Bani Israil yang bermaksud anak-anak daripada keturunan Nabi Yaaqub b. Ishak b. Ibrahim kerana kalimah Israil itu sendiri menunjukkan namanya.

Dapat dirumuskan bahawa pengertian Israiliyyat terbahagi kepada dua dimensi ;
* Klasikal (sejarah)
* Kontemporari (semasa)

Israiliyyat dari dimensi klasikal :

Perkhabaran, periwayatan, dan kisah-kisah yang bersumberkan Yahudi

Israiliyyat dari dimensi kontemporari :

Setiap cerita karut marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan syubhah walaupun bukan bersumberkan Yahudi semata-mata malah bersumberkan Nasrani, Farsi dan Rum jika dipenuhi dusta.

Faktor Kemunculan

1. Masyarakat awal Arab tidak mempunyai para ilmuwan. Oleh itu, mereka menggunakan ahli kitab sebagai rujukan khususnya persoalan kawniyyat, qisas al-anbiya' dan ghaibiyyat. Lalu keadaan ini berleluasa sehingga kepada penafsiran ayat-ayat Al-Quran.

2. Pada zaman sahabat dan tabiin khususnya, ramai yang merujuk kepada individu yang pernah bergelar ahl al-kitab yang telah memeluk agama Islam tentang kisah-kisah dalam Al-Quran. Mereka menjawab berdasarkan rujukan agama mereka yang terdahulu iaitu Taurat. Contohnya ;

@ Abdullah bin Salam (m. 43 H)
@ Kaab al-Ahbar (m. 32 H)
@ Wahab ibn Munabbih (m. 110 H)
@ Abd Malik b. Abd Aziz b. Juraij (m. 150 H)

3. Metodologi penulisan tafsir pada zaman tabiin yang tidak menitikberatkan kepentingan dan kualiti isnad al-hadith yang menjadi sumber rujukan dalam tafsir bi al-ma'thur.

Kitab yang mengandungi unsur Israiliyyat

^ Jami' Al-Bayan fi Tafsir al-Quran oleh Muhammad bin Jarir al-Tabari
^ Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Hafidh Ibn Kathir
^ Tafsir Muqatil bin Sulaiman
^ Tafsir Al-Manar oleh As-Sayid Muhammad Rashid Reda
^ Lubab al-Ta'wil fi Ma'ani al-Tanzil oleh Al-Khazin
^ Al-Kashfu 'an Bayani Tafsir Al-Quran oleh al-Tha'labi

Sikap & Pendirian

1. Mengakui kebenaran sumber Israiliyyat ini sekiranya jelas tidak wujud percanggahan dengan Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih
2. Menolak pendustaan daripada sumber-sumber Israiliyyat sekiranya jelas wujud percanggahan dengan sumber Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih
3. Mendiamkan diri sebagai satu pendirian apabila tiada ciri kebenaran dan pendustaan malah wujud kesamaran.

Contoh

> Menentukan nama pemuda dalam kisah ashabul kahfi
> Warna anjing dalam kisah ashabul kahfi
> Jenis pokok atau kayu yang menjadi tongkat Nabi Musa
> Nama burung yang telah dihidupkan oleh Allah menerusi mukjizat Nabi Ibrahim

Source : Dr Ishak Suliaman Israiliyyat dalam Pengajian Tafsir dan Sunah dalam buku Autoriti Hadith : menangani Gerakan Antihadith

No comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster