Showing posts with label CeRPeN. Show all posts
Showing posts with label CeRPeN. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

5 SaHaBaT SeJaTi

Lima Sahabat Sejati

Aku dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.

Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.
Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.
Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

SeuTaS TaSBiH, SeBuaH JaNJi


AIR mata Pak Long sudah terkumpul dan tergantung di dagu. Perlahan-lahan ia memberat lalu menitis setitik demi setitik ke atas sejadah. Ada setitik dua mengena tasbih di tangan kanannya. Tangan yang sudah nampak berkedut sedikit, tetapi menegang urat-urat hijau. Aku memejamkan mataku seketika, cuba menghalau semacam keterharuan dan kesedihan. Jelas, aku tidak berjaya menghapuskan perasaan yang amat mengusik hati. Usikan itu bagaikan mendorong mataku (yang melihat Pak Long berwirid di satu sudut ruang tamu) supaya turut menitiskan air jernih seperti Pak Long. Ketika berjalan menuju ke bilikku dengan bibir terketap, aku dapat merasakan jolokan hatiku tadi benar-benar terlaksana.

PaKu DaN DoSaKu...

Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.
Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita. Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini. Jika ada sahaja cuti,aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya,aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan mcam-macam lagi…Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini.

Manusia itu,sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku..Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.
`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.
`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`
Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini. Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.
Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang. Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.
`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`
Ayahku cuma menjawab`anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`
Aku benar-benar tersedak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.
Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai. Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan `maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?
Kesimpulannya,minimunkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata. Tapi,andai telah terlanjur,mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan..Bagi insan yang menjadi mangsa,janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan.

"Magical Template" designed by Blogger Buster