Thursday, November 12, 2009

3 eLoK 2 JaNGaN

3 eLoK 2 JaNGaN


3 Perkara Yang Elok Disebut

Perbanyakkan Menyebut Allah Daripada Menyebut Makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa.

Perbanyakkan Menyebut Akhirat Daripada Menyebut Urusan Dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhir!

Perbanyakkan Menyebut Dan Mengingat Hal-Hal Kematian Daripada Hal-Hal Kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?

2 Perkara Jangan Disebut

Jangan Menyebut-Nyebut Kebaikan Diri Dan Keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
Jangan Sebut-Sebut Dan Tunjukkan Keaiban Atau Orang Lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak.

5 RaCuN & 5 PeNaWaRNYa

5 JENIS RACUN & 5 JENIS PENAWARNYA

ü DUNIA ITU RACUN
ZUHUD ITU UBATNYA

ü HARTA ITU RACUN
ZAKAT ITU UBATNYA

ü SELURUH UMUR ITU RACUN
TAAT ITU UBATNYA

ü SELURUH TAHUN ITU RACUN
RAMADHAN ITU UBATNYA

ü PERKATAAN YANG SIA-SIA ITU RACUN
ZIKIR ITU UBATNYA


KASIH 5 PERKARA & LUPA 5 PERKARA

Ø KASIH PADA
HIDUP
LUPA PADA MATI

Ø KASIH PADA
HARTA
LUPA PADA
HISAB

Ø KASIH PADA MAHLIGAI
LUPA PADA
KUBUR

Ø KASIH PADA
DUNIA
LUPA PADA AKHIRAT

Ø KASIH PADA
MAKHLUK
LUPA PADA ALLAH

Sunday, November 1, 2009

Bolehkah Wanita menjadi Pimpinan Umum?

Sejauh manakah benarnya hadith,
لن يفلح قوم ولوا أمرهم امراة
"Kaum yang melantik wanita sebagai pemimpin tidak akan mencapai kejayaan."
Terdapat sesetengah pihak yang mengaku dirinya pembela wanita dan mendakwa bahawa hadith tersebut bertentangan dengan hadith lain yang memberi penghormatan kepada Aisyah :
خذوا نصف دينكم عن الحميراء
" Ambillah seperdua ajaran kamu daripada Humaira' (Aisyah)"
Kejahilan adalah suatu penyakit yang besar. Apabila nafsu telah menguasai diri pasti akan musnah segala-galanya. Tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah, petunjuk dari Allah. Oleh itu tidak hairanlah golongan ini menolak hadith yang sahih dan menerima hadith yang daif.
Perhatikan !!!
Hadith pertama di atas adalah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Bakar R.A. Beliau berkata :
لما بلغ رسول الله أن أهل فارس ملكوا عليهم بنت كسرى
"Bila sampai berita kepada Rasulullah S.A.W tentang raja Farsi melantik anak perempuan Kisra sebagai raja yang memerintah, Nabi S.A.W terus bersabda dengan hadith pertama di atas."
Hadith ini diterima oleh Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Tarmizi, juga seluruh ulama' Islam menerimanya dan mereka membuat satu keputusan bahawa wanita tidak layak menjadi pemimpin umum masyarakat.
Hadith kedua pula masih diragui kesahihannya. Ibn Hajar berkata :
"Saya tidak tahu siapa perawinya dan saya juga tidak menemui dalam kitab-kitab hadith kecuali dalam kitab An-Nihayat oleh Ibn Athir, tanpa menyebut siapa yang meriwayatkannya."
Daripada isi dan maksudnya pula, hadith ini ditolak oleh akal dan realiti (suasana) dengan alasan-alasan yang berikut :
1) Bagaimana Nabi boleh menyuruh kita mengambil separuh ajaran agama daripada Aisyah R.A seorang sahaja? Apakah ajaran yang separuh lagi kita ambil daripada sahabat-sahabat lain yang masih ramai itu?
2) Kalimat Humaira' الحميراء ialah satu sebutan manja atau gurau senda yang mungkin disebut oleh Nabi ketika bersama isteri-isteri baginda secara khusus, bukan untuk pengajaran dan pendidikan kepada umat secara umum seperti perbincangan kita sekarang.
Dari segi riwayat, beribu-ribu sahabat, lelaki atau perempuan sama-sama memberi saham dalam menyampaikan petunjuk Rasulullah dan Aisyah adalah salah satu unit daripada bilangan yang ramai ini. Walaupun banyak riwayatnya namun tidaklah sebanyak riwayat Abu Hurairah.
Dari segi fiqh dan fatwa pula, akal dan kenyataan sejarah menolak anggapan bahawa Aisyah memiliki separuh ilmu Islam. Bagaimana pula dengan para sahabat lain yang masih ramai seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdullah bin Mas'ud, Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit dan lain-lainnya.
Kesimpulannya, sebarang hadith mengenai keistimewaan seseorang perlu dikaji secara mendalam tentang riwayatnya. Penulis dan pereka hadith palsu banyak mencipta hadith palsu yang berhubung seseorang, terutama mereka yang mempunyai ramai penyokong yang melampau dan ramai pula musuhnya. Mengenai Aisyah R.A, ayat-ayat Al-Quran dalam surah An-Nur, juga hadith-hadith sahih dan hasan sudah cukup menerangkan keistimewaannya. Tidak perlu diambil hadith-hadith mungkar dan melampau yang bercanggah dengan akal dan kenyataan sejarah.

Wednesday, October 14, 2009

MUTIARA KATA , SABDA RASULULLUH S.A.W & FIRMAN ALLAH S.W.T

  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah"



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)



  • Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttafaq Alaihi)



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya".



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)



  • Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud & al-Tarmizi)



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepadaku" (Riwayat Ibn Majah)



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji." (Riwayat Muslim)



  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)".(Riwayat Ahmad)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya". (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat". (Riwayat Muslim & Abu Daud)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan." (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah". (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)


  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)
  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)
  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)


Tuesday, October 13, 2009

ISRAILIYYAT

Konsep Israiliyyat

Terminologi

## perkhabaran
## periwayatan
## kisah-kisah yang bersumberkan Yahudi atau Nasrani khusunya yang telah mewarnai pengajian tafsir dan sunnah.

Bahasa

Kalimah Israiliyyat ini dinisbahkan kepada Bani Israil yang bermaksud anak-anak daripada keturunan Nabi Yaaqub b. Ishak b. Ibrahim kerana kalimah Israil itu sendiri menunjukkan namanya.

Dapat dirumuskan bahawa pengertian Israiliyyat terbahagi kepada dua dimensi ;
* Klasikal (sejarah)
* Kontemporari (semasa)

Israiliyyat dari dimensi klasikal :

Perkhabaran, periwayatan, dan kisah-kisah yang bersumberkan Yahudi

Israiliyyat dari dimensi kontemporari :

Setiap cerita karut marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan syubhah walaupun bukan bersumberkan Yahudi semata-mata malah bersumberkan Nasrani, Farsi dan Rum jika dipenuhi dusta.

Faktor Kemunculan

1. Masyarakat awal Arab tidak mempunyai para ilmuwan. Oleh itu, mereka menggunakan ahli kitab sebagai rujukan khususnya persoalan kawniyyat, qisas al-anbiya' dan ghaibiyyat. Lalu keadaan ini berleluasa sehingga kepada penafsiran ayat-ayat Al-Quran.

2. Pada zaman sahabat dan tabiin khususnya, ramai yang merujuk kepada individu yang pernah bergelar ahl al-kitab yang telah memeluk agama Islam tentang kisah-kisah dalam Al-Quran. Mereka menjawab berdasarkan rujukan agama mereka yang terdahulu iaitu Taurat. Contohnya ;

@ Abdullah bin Salam (m. 43 H)
@ Kaab al-Ahbar (m. 32 H)
@ Wahab ibn Munabbih (m. 110 H)
@ Abd Malik b. Abd Aziz b. Juraij (m. 150 H)

3. Metodologi penulisan tafsir pada zaman tabiin yang tidak menitikberatkan kepentingan dan kualiti isnad al-hadith yang menjadi sumber rujukan dalam tafsir bi al-ma'thur.

Kitab yang mengandungi unsur Israiliyyat

^ Jami' Al-Bayan fi Tafsir al-Quran oleh Muhammad bin Jarir al-Tabari
^ Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Hafidh Ibn Kathir
^ Tafsir Muqatil bin Sulaiman
^ Tafsir Al-Manar oleh As-Sayid Muhammad Rashid Reda
^ Lubab al-Ta'wil fi Ma'ani al-Tanzil oleh Al-Khazin
^ Al-Kashfu 'an Bayani Tafsir Al-Quran oleh al-Tha'labi

Sikap & Pendirian

1. Mengakui kebenaran sumber Israiliyyat ini sekiranya jelas tidak wujud percanggahan dengan Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih
2. Menolak pendustaan daripada sumber-sumber Israiliyyat sekiranya jelas wujud percanggahan dengan sumber Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih
3. Mendiamkan diri sebagai satu pendirian apabila tiada ciri kebenaran dan pendustaan malah wujud kesamaran.

Contoh

> Menentukan nama pemuda dalam kisah ashabul kahfi
> Warna anjing dalam kisah ashabul kahfi
> Jenis pokok atau kayu yang menjadi tongkat Nabi Musa
> Nama burung yang telah dihidupkan oleh Allah menerusi mukjizat Nabi Ibrahim

Source : Dr Ishak Suliaman Israiliyyat dalam Pengajian Tafsir dan Sunah dalam buku Autoriti Hadith : menangani Gerakan Antihadith

"Magical Template" designed by Blogger Buster