Tuesday, October 13, 2009

HADITH MAWDU''

Perkataan mawdu’ berasal daripada kata وضع yang memberikan erti yang berbagai. Antaranya :
· Letak
· Gugur
· Jatuh
· rendah
· biar
· cipta atau reka
Secara istilahnya, hadith mawdu’ ialah hadith yang direka secra dusta oleh seseorang kemudiannya dinisbahkan kepada Rasulullah atau dikatakan hadith tersebut adalah daripada Rasulullah.

Faktor Kelahiran Hadith Mawdhu’
> politik
> permusuhan agama
> taasub dan fanatik kepada kabilah, negeri dan pemimpin
> kepentingan peribadi
> kejahilan mengenai agama
> perselisihan mazhab fiqah dan ilmu kalam
> mengampu pemerintah

Beberapa Istilah Hadith Mawdu’


Terdapat beberapa istilah yang biasa digunakan oleh ulama hadith yang menggambarkan bahawa hadith tersebut adalah mawdhu’
> لا أصل له
bermaksud hadis yang tidak ada asalnya
> باطل
bermaksud hadis batil / palsu
> ليس له أصل bermaksud hadis yang tidak ada asalnya
> لم أجد له أصل / لم أعرف bermaksud hadis tersebut tidak ditemui / didapati asalnya
> لم يعلم من أخرجه bermaksud tidak diketahui siapa periwayatnya
> لا يصح / لا يثبت / ليس بصحيح / ليس بثابت bermaksud tidak sahih / tidak sabit
> لا يثبت فيه شئ bermaksud tidak sabit sama sekali

Hadith Mawdu’ yang popular dalam kalangan masyarakat Islam

* حب الوطن من الإيمان
* بني الدين على النظافة والنظافة من الإيمان
* اطلبوا العلم ولو بالصين
* الدعاء سلاح المؤمن وعماد الدين ونور السماوات والأرض
* اعمل لدنياك كأنك تعيش أبد واعمل لآخرتك كأنك تمومت غدا

*رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر قالوا وما الجهاد الأكبر قال مجاهدة النفس
* اختلاف أمتي رحمة
* لو خشع هذا لخشعت جوارحه
* تختموا بالعتيق فإنه مبارك
* الدين هو العقل ومن لا دين له لا عقل له
* الناس على دين ملوكهم

Kesimpulan


Penyebaran hadith Mawdu’ dalam masyarakat Islam bukan sahaja boleh merosakkan akidah, akhlak dan ibadah malah ia juga boleh merosakkan imej mereka yang menyebar hadith tersebut, sekali gus memberikan gambaran negatif kepada agama Islam sendiri, apatah lagi ia diambil peluang oleh musuh Islam untuk menyerang Islam dari dalam.

Source : Mohd Muhiden Abd Rahman, Penyebaran Hadith Mawdu’ dan Implikasinya kepada Masyarakat.

No comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster